Friday, 11 November 2011
Kita Tanya...QURAN MENJAWAB
✿●•٠· Kita Tanya...QURAN MENJAWAB ·٠•●✿
✿●•٠· " KITA BERTANYA:KENAPA AKU DIUJI?
♥●QURAN MENJAWAB:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;"Kami telah beriman,"sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahuiorang-orang yang benar dan sesungguhnya
Dia mengetahui orang-orang yang dusta."Surah Al-Ankabut ayat 2-3
✿●•٠· KITA BERTANYA:KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
♥●QURAN MENJAWAB:"Boleh jadi kamu membencisesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."Al-Baqarah ayat 216
✿●•٠· KITA BERTANYA:KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
♥●QURAN MENJAWAB:"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
" Surah Al-Baqarah ayat 286
✿●•٠· KITA BERTANYA:KENAPA MUDAH RASA SEDIH DAN KECEWA?
♥●QURAN MENJAWAB:"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman.
"Surah Ali-Imran ayat 139
✿●•٠· KITA BERTANYA:KENAPA MESTI BERSABAR?
♥●QURAN MENJAWAB:"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,di medan perjuangan),dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)serta bertaqwalah kamu kepada Allah,supaya kamu berjaya(mencapai kemenangan).
" Surah Ali-Imran ayat 200
✿●•٠·KITA BERTANYA:BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
♥●QURAN MENJAWAB:"Dan mintalah pertolongan(kepada Allah)dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk "Al-Baqarah ayat 45
✿●•٠· KITA BERTANYA:APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
♥●QURAN MENJAWAB:"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...... "
Surah At-Taubah ayat 111
✿●•٠· KITA BERTANYA:BAGAIMANA JIKA AKU TIDAK MAMPU BERTAHAN?
♥●QURAN MENJAWAB:"dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
"Surah Yusuf ayat 12
✿●•٠· KITA BERTANYA:KEPADA SIAPA AKU MESTI BERHARAP?
♥●QURAN MENJAWAB:"Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."Surah At-Taubah ayat 129
Oleh itu..JANGANLAH MENGELUH para sahabat..Kalau masih nak mengeluh lagi ............mari mendalami lagi isi Al-Quran..
Wallahu a’lam.
SUMBER : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=185.msg111876#msg111876
Friday, 17 June 2011
Tinggallah Kenangan Lirik
Tinggallah Kenangan Lirik
Artis : Hafiz Hamidun
Album : Syukran
Terasa sebak di dada
Tersurat perpisahan yang telah ditakdirkan
Abadi dalam ingatan
Kisah silam terbayang di mata
Teringat masa bersama
Kita tawa bergurau senda
Kini tiba saat berpisah
Hiba hati terasa gundah
Kini tinggallah kenangan
Yang tak mungkin di lupa
Semusim telah berlalu
Airmata mengiring restu
oohh....ya...

Terasa sebak didada

Kisah silam terbayang di mata..
kepAda sEmua TemAn anDa sEntiaSa dIhAtI inI.. MoGa UkhUwaH iNi diREDHAI ILLAHI..

Friday, 20 May 2011
Menurut Khawarizmi - waNiTa TerBaiK
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada...
maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"
waNiTa SoLeHAh teRbAiK...
RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim).
Hadis ini menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global.
Berdasarkan al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.
Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Kedua, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan.
Ketiga, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mencari kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.
“Mereka ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad,” (Riwayat Bukhari)
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.
Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.
Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.
Dalam memilih pasangan hidup, Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah alam perkahwinan agar berhati-hati.
Kriteria kesolehan isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana sifat itu, selain dituntut Islam, juga bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga.
Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama."
“Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama, itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah ibn Humaid).
Jelas di sini, aspek keagamaan dalam diri seseorang calon isteri adalah penentu hala tuju sesebuah rumah tangga. Ini kerana dengan agama yang bertapak kukuh dalam jiwanya, dia pasti akan taat kepada suaminya dalam semua perkara yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan tidak mendatangkan mudarat kepadanya.
Isteri solehah juga akan bersifat amanah terhadap harta benda suaminya, di samping menjaga maruahnya. Ketika ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak boleh keluar rumah tanpa izinnya, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.
Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dijelaskan oleh firman Allah yang bermaksud: “… perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)
Isteri solehah juga adalah isteri yang sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredaannya pada setiap masa. Ini kerana keredaan suami menjadi anak kunci utama yang melayakkannya menjadi penghuni syurga penuh kenikmatan.
Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya, selain penyejuk hati ibu bapa, biarpun ibu bapanya sudah meninggal dunia, melalui sedekah doa dan amalan kepada kedua-dua orang tuanya.
Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah.
Pengetahuan agama dan nilai solehah inilah menjadi ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.
Sesungguhnya, fungsi seorang wanita yang bertindak sekali gus sebagai isteri dan ibu solehah dalam sesebuah institusi keluarga, begitu besar.
Justeru, Allah menganugerahkan ganjaran syurga bagi wanita solehah yang beriman dan benar-benar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu dalam kehidupan sehariannya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik wanita itu ialah wanita yang melahirkan anak, yang penyayang; yang memelihara kehormatannya; yang mulia pada kaca mata ahli keluarganya; yang menghormati suaminya; menghiaskan dirinya hanya untuk suaminya tercinta; memelihara diri daripada pandangan orang lain; yang mendengar kata-kata suaminya dan mentaati segala perintahnya."
“Apabila bersama suaminya, dia memberikan apa saja yang diperlukan suaminya dan dia tidak pula menolak ajakannya; serta tidak merendah-rendahkan atau menghina kedudukan suaminya di hadapan orang lain.” (Riwayat Al Tausi).
Tuesday, 17 May 2011
Perkara Yang Membatalkan Iman
IMAN :
->Bahasa: Iktiraf, membenarkan, mengakui
->Istilah: Tasdik/mengakui dihati bahawa tiada tuhan yangdisembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh ALLAH, ikrar dengan lidah iaitu syahadah dan membuktikan apa yang ditasdikkan dan membuktikandengan amalan anggota dengan melaksanakan perintahAllah dan meninggalkan larangannya.
Firman Allah =
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.”
Iman Terbentuk Melalui cara :-
1a)Hati:
-Menyakini kewujudan dan
sifat Allah
-Mentawakkal dan redha
dengan ujian Allah
-Mengkagumi hasil ciptaan
Allah
-Menghilangkan sifat-sifat hasad dengki, riak dan sifat mazmumah yang lain
-Sentiasa membaca al-Quran
b)contoh terbatalnya iman : Percaya alam terjadi
dengan sendiri
2a)Lidah :
-Berkata dengan perkataan yang baik
-Bersalawat ke atas nabi saw
-Menyampaikan dakwah
Islamiah
b)contoh terbatalnya iman : Al-Quran tidak sesuai diamalkan di zaman ini
3a)Perbuatan
-Mendirikan solat fardhu dan sunat
-Mengerjakan ibadat haji
-Mengeluarkan zakat
-Berpuasa di bulan Ramadhan
b)contoh terbatalnya iman : Menyembah berhala, kubur dan memakai tangkal
Sayid Qutub berkata: “Adapun orang-orang yang terus berdegil (di atas kesalahan mereka) dan tidak bertaubat sehingga peluang itu terlepas dari tangannya dan tempoh (yang diberikan Allah) telah berakhir, maka mereka akan menghadapi laknat yang diancamkan kepada mereka sebelum ini dengan huraian yang lebih terperinci dan tegas lagi.”
Benarlah firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di dalam keadaan kafir, mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya.
Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran”. (Al-Baqarah: 161-162)
Firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati di dalam keadaan kafir. Sesungguhnya disyaratkan mati dalam kufur kerana hukumnya mengikut bagaimana keadaan mati.”
Abu al-`Aliyah berkata: “Ini pada hari kiamat di mana orang kafir didirikan kemudian Allah melaknatnya seterusnya manusia dan malaikat juga melaknatnya. Inilah yang dinukilkan oleh Imam al-Baghawi di dalam tafsirnya.”
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh membawa kepada keluarnya seseorang dari daerah keimanan kepada kufur. Disebut secara umum di sini antara sebab-sebab tersebut:
Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah (aqidah) dan iman terbahagi kepada tiga:
Iktikad
Perbuatan
perkataan
Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran. Secara ringkasnya seperti berikut:
1. Beriktikad adanya Tuhan yang lain selain Allah atau kuasa yang setara dengannya.
2. Beriktikad makhluk boleh memberi kuasa.
3. Percaya kepada kuasa-kuasa yang lain daripada Allah, seperti jin dan lain-lain.
4. Melakukan perbuatan ibadah seperti orang kafir, contohnya tunduk dan patuh kepada berhala dan memakai salib dan sebagainya.
5. Menghina al-Quran.
6. Menghina Rasulullah s.a.w dan sunnahnya termasuk melukis karikatur yang menjatuhkan martabat Nabi Muhammad.
7. Menganggap syariat tidak sesuai pada zaman sekarang.
8. Menganggap undang-undang Islam sudah lapuk, kejam dan zalim.
9. Merasa syak dan ragu atas kebenaran Islam.
10. Menafikan perkara yang menjadi maklum dalam agama atau perkara yang diketahui umum.
Seterusnya firman Allah s.w.t: “Mereka ditimpa laknat Allah dan laknat para malaikat dan manusia seluruhnya”. Ayat ini yang dimaksudkan dengan laknat tiga wajah. Pertama, mereka melaknatnya di hari akhirat. Kedua, dikehendaki dengan manusia di sini ialah di kalangan orang yang beriman seperti pendapat Ibn Mas’ud, Qatadah dan Muqatil. Ketiga, bahawa laknat daripada orang yang ramai.
Firman Allah s.w.t: “Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran”. Maksud kekal di dalamnya atau padanya ada dua pendapat. Pertama, kembali kepada laknat seperti pendapat Ibn Mas’ud dan Muqatil. Kedua, kembali kepada neraka.
Ayat ini tidak menyebut suatu azab yang lain dari laknat yang menyerkup mereka, malah ia menyifatkan laknat ini sebagai suatu azab yang tidak akan diringankan dari mereka dan tempoh azab itu tidak akan ditangguhkan.
Itulah azab yang mengecilkan segala azab yang lain. Itulah azab diusir, dibuang dan dilayan dengan kasar dan tiada hati yang menaruh belas kasihan, tiada mata yang memandang dengan simpati dan tiada lidah yang mengucap kata-kata hormat.
Mereka dikutuk, diusir dan dibuang oleh para hamba Allah dan oleh Tuhan sekalian hamba-Nya sama ada di bumi dan di alam al-Mala`ul-A’la. Inilah azab yang amat pedih dan amat menghinakan.
Firman Allah: “Mereka kekal di dalam laknat itu dan azab itu tidak akan diringankan dan tidak pula diberi tempoh kelonggaran. Balasan itu disebabkan mereka telah menutup pintu yang terbuka itu kepada diri mereka sendiri dan membiarkan peluang itu terlepas dari tangannya dan tempoh (yang diberikan Allah) itu berakhir begitu sahaja, sedangkan mereka terus berdegil dengan sikap menyembunyikan kebenaran, memilih kekufuran dan kesesatan”.
Iktibar dan pengajaran ayat:
1. Kebahagiaan yang hakiki ialah mati dalam husnu al-Khatimah apatah lagi diakhiri dengan kalimah tauhid.
2. Laknat yang datang daripada Allah, para malaikat dan manusia seluruhnya menjadi dalil ia termasuk dalam dosa besar.
3. Beriman dengan hari balasan seperti adanya azab neraka adalah benar.
KHURAFAT
Subjek yang menjadi mauduk tulisan ini, 'khurafat' adalah satu persoalan yang tidak asing dan agak lumrah dibicarakan di tengah masyarakat di negara kita.
Majalah Al-Islam, sebuah majalah agama bulanan terbitan Utusan Melayu (M) Berhad, keluaran bulan Februari 2002 misalnya memberi fokus khusus kepada persoalan khurafat ini. Di samping itu, dalam ceramah-ceramah tertentu dan dalam seminar-seminar ilmiah, yang sering dianjurkan di seluruh negara, ahli masyarakat kita dari pelbagai lapisan juga kerap didedahkan dengan subjek ini.
Walaupun demikian keadaannya, sekalipun persoalan khurafat ini selalu diketengahkan kepada masyarakat, namun ia kelihatan masih terus juga bertapak di tengah masyarakat dan masih terus menjadi semacam satu masalah yang mengganggu kejernihan dan kestabilan beragama sebahagian ahli masyarakat di negara kita.
Sesungguhnya khurafat, dalam keadaan-keadaan tertentu, dikenalpasti sebagai satu faktor yang terutamanya boleh menyumbang ke arah penggugatan keteguhan pegangan aqidah ummah.
Dengan itu, hal ini tentunya merupakan satu aspek yang cukup bahaya kepada penerusan kemurnian kehidupan beragama kalangan ummah. Ini kerana aqidah merupakan perkara yang amat asas dalam penghayatan agama seseorang Muslim. Dalam pandangan Islam semua perkara yang berkaitan dengan aqidah dalam kehidupan seseorang Muslim mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang jelas, pasti dan selesai; ia tidak boleh sekali-kali dibiarkan berada dalam keadaan ragu dan tidak menentu.
Ketidaktentuan, keraguan dan kecelaruan pegangan aqidah boleh mencacatkan nilai segala amal perbuatan yang dilakukan oleh seseorang Muslim, dan seterusnya boleh pula membahayakan nasib masa depannya dalam kehidupan akhirat. Hal ini terungkap jelas dalam firman-firman Allah yang bermaksud:
"... Dan sesiapa yang ingkar [akan syariat Islam] sesudah dia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya [yang baik] dan adalah dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi" (Al-Ma’idah, 5:5)
"... dan sesiapa di antara kamu yang murtad [berpaling tadah] dari agamanya [agama Islam], lain dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya [yang baik] di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya [selama-lamanya]" (Al-Baqarah 2:217)
Di samping itu, adalah juga dikenal pasti bahawa unsur khurafat dikatakan boleh menyumbang ke arah pembantutan pacuan kemajuan dan kecemerlangan ummah dalam kehidupan harian di dunia ini.
Hal seumpama ini dikatakan boleh terjadi menerusi halangan-halangan atau sekatan-sekatan psikologi yang dipaksakan ke atas kalangan orang yang meyakini sesuatu unsur khurafat, sehingga mereka boleh berada dalam keadaan ketakutan dan tidak bebas untuk melaksanakan tuntutan sesuatu tugas dengan sempurna.
Maka itu, tergambar jelas bahawa persoalan khurafat ini adalah satu perkara yang amat penting dan serius. Kelihatannya ia perlu difahami dengan baik dan tepat, untuk membolehkan ia ditangani secara bijaksana dan segera, agar ummah tidak perlu terus terjebak atau terperangkap dalam bahaya yang dibawanya, sama ada yang membabitkan persoalan hidup mereka di dunia ini, atau yang lebih utama lagi, yang membabitkan persoalan kehidupan mereka di akhirat kelak.
Jadi, pembicaraan dan analisis yang akan dibuat sepanjang tulisan ini, secara asasinya, adalah tertumpu kepada perihal yang berlangsung di kalangan umat Islam di negara kita sejauh yang berkaitan dengan persoalan khuraf
DEFINISI KHURAFAT.
Sebelum dilanjutkan pembicaraan, adalah amat penting di peringkat ini difahami dengan tepat makna yang terkandung dalam istilah khurafat tersebut. Maka, kalau dilihat dari segi asalnya, adalah ternyata bahawa perkataan khurafat ini berasal dari bahasa Arab: kharafa-yakhrifu-kharfan-khurafatan—di mana padanan bahasa Inggerisnya merujuk kepada superstition atau supertitio dalam bahasa Latinnya yang membawa maksud sesuatu yang dipetik, atau cerita bohong, dongeng dan tahayul, atau sesuatu hal yang tidak masuk akal, atau sesuatu yang dusta tetapi menarik (Ensiklopedia Hukum Islam 1997; Ensiklopedia Islam 1994; dan al-Mu'jam al-Falsafi 1983).
Di samping itu, terdapat pula catatan yang menjelaskan bahawa khurafat atau khurafah itu sebenarnya merujuk kepada nama seorang lelaki Arab dari Bani 'Udhrah yang hidup pada zaman jahiliah. Lelaki berkenaan dikatakan telah dicekup oleh makhluk jin untuk hidup bersama mereka untuk satu tempoh tertentu. Apabila lelaki tersebut kembali semula kepada kaumnya, beliau bercerita tentang pelbagai peristiwa dan kejadian yang aneh dan menakjubkan yang pernah beliau saksi dan alami semasa berada bersama dalam kelompok jin tersebut. Namun, cerita-cerita berkenaan dianggap dusta dan tidak dipercayai oleh kalangan orang yang mendengarnya, lantas mereka mengungkapkan cerita-cerita tersebut sebagai "cerita khurafat". Dan bertitik tolak daripada peristiwa tersebutlah, maka ungkapan khurafat tersebut digunapakai untuk merujuk kepada setiap cerita ataupun percakapan dusta, atau juga setiap perkara yang menarik dan menakjubkan (Saliba 1981: "al-khurafah"; dan Ensiklopedia Hukum Islam 1997).
Dengan itu jelas bahawa sejauh yang berkaitan dengan pengertian literal kepada perkataan khurafat tersebut, maka ia adalah merujuk sekitar sesuatu cerita atau perkara yang dusta dan tidak masuk akal.
Namun, rujukan teknikal kepada istilah ini adalah tertumpu kepada sejumlah pengertian berikut (al-Mu'jam al-Falsafi 1983; Ensiklopedia Hukum Islam 1997; Saliba 1971: ^-khurafah"; Ensiklopedia Islam 1994; dan Hj Che Yusoff 1999:11):
1.Pegangan atau iktikad yang tidak bersandarkan kepada asas realiti dan tidak juga berdasarkan asas agama, seumpama ungkapan atau perbuatan atau juga bilangan tertentu yang disangkakan boleh mendatangkan kebahagiaan ataupun kecelakaan.
2.Semua kepercayaan, keyakinan atau kegiatan yang tidak memiliki dasar dan atau bersumber dari ajaran agama, tetapi diyakini bahawa hal tersebut berasal dan memiliki dasar dari agama.
3.Dongeng, kisah, legenda, cerita, asumsi, dugaan, kepercayaan, keyakinan atau aqidah yang tidak benar. la adalah iktikad yang batil, di mana lawannya ialah iktikad yang benar (al-haq).
4.Keyakinan atau iktikad bahawa sesetengah perbuatan, lafaz perkataan, bilangan tertentu, atau konsep tertentu boleh mendatangkan kebahagiaan ataupun kecelakaan.
5.Setiap pengajaran atau keyakinan yang dapat dipastikan ketidakbenarannya atau yang jelas bertentangan dengan ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
6.Semua perkara yang dicipta oleh manusia melalui pemikiran karutnya tanpa asas syariah atau akal sihat; kemudian diyakini pula sebagai boleh mendatangkan manfaat ataupun menolak bala.
Berdasarkan pelbagai definisi teknikal yang tercatat di atas, ciri dan skop istilah khurafat tersebut kelihatannya sudah boleh dikenal pasti, di mana ciri-cirinya boleh disimpulkan sebagai merangkumi aspek-aspek berikut:
1.Adanya unsur kepercayaan dan iktikad yang diyakini.
2.la secara jelasnya bukan datang daripada sumber ajaran agama Islam, serta bertentangan pula dengan logik akal dan realiti, dan kerana itu ia merupakan sesuatu yang batil yang langsung tidak mengandungi unsur kebenaran.
3.Ia diyakini sebagai boleh mendatangkan sama ada kebahagiaan/ manfaat atau kecelakaan/bala.
Adapun bentuknya pula, maka ia boleh muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai sama ada dalam bentuk:
1.Perbuatan tertentu
2.Ungkapan tertentu
3.Cerita atau kisah tertentu
4.Bilangan tertentu
5.Konsep, prinsip atau mazhab tertentu.
Dengan itu, dalam kata lainnya bolehlah dirumuskan bahawa istilah khurafat tersebut dari segi perspektif penggunaan teknikalnya adalah merujuk kepada sama ada suatu perbuatan, ungkapan kata, cerita atau kisah, bilangan tertentu sesuatu perkara, konsep, prinsip atau mazhab yang dipercayai dan diiktikadkan dengan yakin sebagai boleh mendatangkan kebahagiaan/manfaat ataupun penderitaan/mudarat kepada seseorang, sedangkan semuanya itu merupakan sesuatu yang tidak sekali-kali terdapat dalam sumber dan suruhan agama Islam yang maha suci, serta pada waktu yang sama bertentangan pula dengan logik akal yang sihat dan tidak juga bersandarkan realiti, kerana itu ia merupakan sesuatu yang batil, yang langsung tidak mengandungi sebarang unsur kebenaran.
Demikianlah makna serta ruang lingkup yang dikandungi oleh istilah khurafat; iaitu secara asasinya sesuatu yang nyatanya bertentangan dengan pegangan dan ajaran agama Islam yang maha suci serta logik akal. Namun, ia kelihatannya masih terus boleh menawan hati golongan orang beragama yang hidup dalam tempoh masa kini — suatu tempoh waktu yang dikatakan segala sesuatu, dalam kehidupan harian, bertunjangkan kepada logik dan kewarasan akal. Maka itu, pada sisi inilah kelihatan menariknya subject-matter yang diteroka dalam tulisan ini.
TRADISI KHURAFAT
Kuatnya kecenderungan untuk mengekalkan sesuatu yang telah menjadi kelaziman atau tradisi (Kamus Dewan 1991). Oleh itu dalam konteks pembicaraan perkara-perkara khurafat ini, maka kecenderungan atau tradisi itu akan terfokus kepada senario pengislaman ummah serta proses ke arah penghayatan agama kalangan Muslim di rantau ini, yang tentunya termasuk di negara kita.
Lembaran sejarah telah mencatatkan bahawa manusia yang menghuni rantau ini memulakan kerjaya keagamaan mereka dengan menganut faham dinamisme-animisme.
Faham dinamisme ialah suatu kepercayaan yang menyakini adanya tenaga atau kuasa ghaib yang tidak berperibadi—dalam istilah antropologi disebut mana—dalam diri manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan serta benda-benda. Tenaga yang tidak berperibadi atau mana itu bererti prestasi luar biasa yang dipunyai pemiliknya. Maka itu, lelaki yang sangat berani, wanita yang lebih baik tenunannya, pokok yang lebih banyak buahnya dipercayai mempunyai mana yang lebih banyak daripada yang lainnya.
Demikian pula, terdapat benda-benda lain yang dipercayai memiliki mana yang tersendiri. Air, besi, batu adalah di antara benda-benda alam yang dipercayai sebagai mengandungi mana, kerana itu benda-benda berkenaan misalnya digunakan dengan pelbagai cara dalam berbagai upacara dan istiadat.
Demikian pula pelbagai benda tertentu dicampur untuk dijadikan azimat yang dipercayai mempunyai kuasa ghaib. Oleh itu, azimat-dalam istilah antropologi disebut amulet-diyakini dapat menahan pemakainya daripada bahaya, malapetaka serta serangan dari kuasa ghaib (Rahmat 1983:8-18).
Adapun faham animisme yang muncul dalam perkembangan seterusnya pula merupakan kepercayaan akan adanya jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi kehidupan alam manusia. Biasanya animisme akan menimbulkan praktis religis, iaitu pemujaan dan perhambaan diri kepada sesuatu kuasa ghaib yang berperibadi, kerana manusia yang berfaham animisme merasa terikat kepada kuasa ghaib tersebut dalam kerangka mengharapkan perlindungan atau meminta pertolongan bagi mendapatkan sesuatu daripadanya (Rahmat 1983:19-24, 25).
Jenis manusia awal di rantau kita ini adalah kalangan mereka yang menganut faham dinamisme-animisme tersebut. Kemudian, dalam proses perjalanan waktu mereka didatangi oleh pengaruh asing, di mana pengaruh asing yang mula-mula sekali masuk ke rantau kita ini ialah pengaruh India yang membawa bersamanya Hinduisme dan Budhisme.
Kemasukan pengaruh dari India ini menjalar secara aman dan damai. Hal ini terutamanya berpunca dari Hinduisme-Budhisme itu sendiri sebenarnya mempunyai segi-segi atau unsur-unsur dinamisme-animisme yang tersendiri dalam agama tersebut. Oleh itu, kalangan penduduk di rantau kita ini pada waktu itu merasakan kepercayaan Hinduisme-Budhisme yang baru dibawa masuk tersebut serasi dan sekali-kali tidak berlawanan dengan kepercayaan yang sudah sedia mereka anuti (Rahmat 1983:5).
Keadaan ini telah menyebabkan kepercayaan berbentuk dinamisme-animisme tidak tergugat dan terus berkembang dalam kehidupan keagamaan masyarakat di rantau ini.
Perkembangan selanjutnya dalam kehidupan keagamaan manusia di rantau ini ialah menyaksikan kedatangan agama Islam. Sekali lagi agama baru ini datang menyebarkan pengaruhnya secara aman. Perkembangan Islam di rantau ini pada ketika tersebut berjalan dengan cepat sekali, sesuai dengan watak asli golongan massa di daerah ini yang penuh dengan sifat toleransi. Dalam tempoh yang relatif singkat agama baru ini telah menjadi anutan massa. Malahan, dalam tempoh yang singkat pula kalangan para raja juga telah berjaya diislamkan (Rahmat 1983:6).
Dalam konteks penyebaran Islam di rantau ini, adalah perlu diberikan perhatian akan aspek perkembangannya yang tidak menumpahkan darah. Sekalipun agama Islam merupakan agama yang cukup ketat dan cukup tegas unsur tauhidnya sehingga ia tidak dapat menerima sebarang bentuk syirik, namun cara dan pendekatan pendakwahan dalam proses penyebarannya di rantau kita ini adalah berlangsung dalam bentuk yang penuh toleransi.
Kita misalnya boleh memerhatikan bagaimana pendekatan pendakwahan yang dilakukan oleh kumpulan Wali Songo di Jawa (Abd Aziz 1997:33-46). Mereka misalnya mengambil pendekatan tidak mengubah, tetapi menyesuaikan:
Dengan itu, upacara persembahan dan pemujaan yang diwarisi daripada fahaman animisme dan Hindu-Buddha tidak terus dihapuskan tetapi diubahsuai. Maka adat-adat persembahan dan jamuan kepada roh-roh diubah kepada kenduri tahlil yang dimakan bersama. Adat membakar kemenyan dan bacaan mentera kepada roh-roh selepas mati diubah kepada upacara tahlil dan doa dengan nada yang panjang dan sedih. (Abd Aziz 1997:40).
Demikian juga golongan Wali Songo menggunakan seni sebagai pendekatan dakwah mereka. Maka itu didapati permainan wayang kulit (Abd Aziz 1997:37) yang begitu digemari oleh golongan massa dieksploit oleh mereka untuk tujuan dakwah dengan mengubahsuai permainan tersebut di mana-mana perlu agar tidak menampakkan pertentangan dengan kehendak ajaran Islam.
Sekalipun hingga ke peringkat-peringkat tertentunya, pendekatan dakwah sebagai mana di atas sememangnya memberikan kesan yang cukup baik sehingga ramai sekali golongan massa memeluk agama Islam tanpa perlu berlakunya pertumpahan darah, namun pada sisi lain ia kelihatan menjadi penyebab kepada, paling baikpun, munculnya unsur sinkretisme dalam sebahagian amalan masyarakat, atau menjadi sukarnya untuk menghapuskan amalan lazim dalam masyarakat, sekalipun ia terang-terang bertentangan dengan kehendak ajaran Islam.
Hal ini pula ditambah lagi dengan ketidaksempatan masa untuk melakukan tindakan susulan pengukuhan terhadap ajaran Islam disebabkan oleh keperluan tenaga dihadapkan kepada kerja-kerja penentangan terhadap kedatangan pengaruh barat yang datang menjajah rantau kita ini. Dengan itu tepatlah pemerhatian yang dibuat oleh Profesor Norazit Selat (2002:25) yang mengambil contoh penggunaan mantera.
Sebelum bacaan mentera, orang berkenaan—kebiasaannya dipanggil pawang atau bomoh—akan memulakan dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, diikuti dengan puji-pujian ke atas Nabi s.a.w. Tetapi selepas itu mereka akan menyebut macam-macam bahasa yang sukar difahami, kebiasaannya disebut mantera dan kemudiannya diakhiri dengan bacaan ayat al-Quran.
Dan tepat pula pemerhatian yang dibuat oleh Dr. H. O. K. Rahmat SH sebagaimana tercatat dalam sebuah tulisan beliau Pencemaran Akidah di Nusantara (1983: vi):
Sebagaimana dinamisme, animisme juga tidak hilang dengan kedatangan berbagai-bagai agama ke rantau ini. Bahkan sampai sekarang ia masih hidup meskipun majoriti penduduk Nusantara telah menganut agama Islam yang anti syirik dan tidak mengakui suatu kuasa pun selain daripada kuasa Allah.
Sebahagian umat Islam masih lagi mempercayai kuasa-kuasa roh ini, memuja dan mengharapkan pertolongannya. Dalam banyak perkara, supaya tidak ditolak oleh umat Islam, Dinamisme dan Animisme itu (dicampuradukkan) dengan ajaran Islam.
Di samping itu, seperkara lagi yang wajar diberikan perhatian dalam konteks dimensi konservatif unsur khurafat ini ialah hakikat fakta bahawa salah satu ajaran asas dalam Islam itu sendiri adalah juga mewajibkan umatnya supaya percaya kepada perkara-perkara yang ghaib.
ercaya kepada perkara-perkara ghaib atau al-ghaybiyyat merupakan sebahagian daripada Rukun Iman, di mana iman seseorang akan gugur sekiranya dia tidak mempercayai kewujudan perkara-perkara yang ghaib tersebut. Malahan, dalam ajaran Islam, percaya kepada perkara ghaib itu merupakan sifat orang yang bertakwa kepada Allah, sebagaimana terungkap jelas dalam firman Allah yang bermaksud:
"Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya [tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya], ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang [hendak] bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib ..." (al-Baqarah, 2:2-3).
Kalau dipinjam pandangan al-Raghib al-Asfahani untuk memahami siratan makna yang terkandung dalam konsep al-ghayb yang terdapat dalam potongan ayat di atas, maka kita diberitahu— sebagaimana tercatat dalam kitab beliau Mufradat al-Quran—bahawa ia merujuk kepada setiap perkara yang berada di luar upaya pancaindera untuk mencapainya; iaitu setiap sesuatu yang terselindung dan tidak terjangkau oleh pancaindera manusia (Zakaria 1997:54).
Penjelasan-penjelasan di atas mempamerkan betapa status dan kedudukan perkara-perkara yang ghaib adalah cukup jelas dalam Islam. Ia sebenarnya, antara lain, termasuk ke dalam Rukun Iman kedua, iaitu (Zakaria 1997:56):
Makrifah pelbagai alam yang berada di luar alam tabii yang tidak dapat dijangkau oleh pancaindera, iaitu yang terdiri daripada daya kebaikan yang diwakili oleh para malaikat, serta daya kejahatan yang diwakili oleh Iblis dan para bala tenteranya yang terdiri daripada kalangan para syaitan. Juga mengenali dan mengetahui perkara yang terdapat dalam alam berkenaan yang terdiri dari kalangan para jin dan pelbagai roh.
Jadi, dalam konteks ajaran Islam yang sebegini, maka ia sehingga ke tahap tertentunya, boleh menyediakan laluan selesa kepada para pendakwah untuk mendakwahkan golongan penganut fahaman dinamisme-animisme yang juga percaya kepada kewujudan roh ghaib. Namun, pada sisi lain, ia juga boleh membuka ruang kekeliruan dan pengekalan tradisi dan kepercayaan lama sekalipun sudah memeluk Islam.
Maka itu, hal ini perlu ditangani dengan baik dan bijaksana agar ia boleh berfungsi sebagai faktor positif yang membantu kerja pendakwahan, bukan sebaliknya untuk menjadi asas kepada pengekalan keyakinan terhadap tradisi lama yang bertentangan dengan ajaran agama Islam yang maha suci.
Demikianlah senario yang memerihalkan dimensi konservatif dalam konteks penghayatan dan pengamalan keagamaan di rantau ini, termasuk di negara kita. Contoh tipikal dalam hubungan ini adalah gambaran pemerhatian yang dibuat, sekali lagi, oleh Profesor Norazit Selat (2002:28) terhadap fenomena beragama kalangan sebahagian daripada orang Melayu:
Masalah ini timbul kerana agama Islam datang kemudian. Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu telah banyak mengumpul nilai-nilai agama lain, ada animisme, Hindu dan sebagainya. Mereka takut hendak meninggalkan yang lama, akibatnya yang lama disimpan, manakala yang baru diambil. Mereka mengambil yang baru, tetapi masih hendak menyimpan yang lama.
Malah sehingga kini, kita dapati orang yang menjalani ajaran Islam dengan baik. Mereka menunaikan semua Rukun Islam dengan baik. Mereka sembahyang, puasa mereka bukan setakat bukan setakat yang wajib pada bulan Ramadan, malah puasa-puasa sunat lain, mereka menunaikan fardu haji lebih daripada satu kali. Tetapi, pada masa yang sama, yang lama tidak ditinggalkan. Jiwa mereka ada membela hantu raya, mereka tidak maha membuangnya. Kalau boleh mereka hendak simpan kedua-duanya sekali.
KHURAFAT MASA KINI
Sesungguhnya keadaan masa kini daripada unsur khurafat ini menjadi wujud disebabkan oleh berlakunya pengekalan terhadap sebahagian daripada perkara tradisi yang sudah menjadi kelaziman dalam kehidupan. Dalam kata lain, wujudnya khurafat masa kini adalah disebabkan telah berlakunya terhadap sebahagian tradisi lama di kalangan sebahagian umat Islam sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini.
Kita dapat perhatikan wujudnya sebahagian amalan khurafat di kalangan umat Melayu-Muslim dewasa ini. Sebahagian daripada amalan berkenaan akan cuba kita catatkan dalam kesempatan terhad ini bagi dijadikan bahan bukti betapa persoalan khurafat masih terus mencengkam dan memaksakan dominasinya ke atas kehidupan harian
Hal ini juga sekaligus menggambarkan bahawa kerja pendakwahan setakat ini masih belum berjaya membendung gejala negatif ini.
Dalam hubungan ini, secara umumnya dapat kita perhatikan bahawa setelah agama Islam berkembang dan meluas sampai ke daerah-daerah bukan Arab, termasuk tentunya ke rantau kita ini, di mana masyarakatnya telah terlebih dahulu menganut pelbagai kepecayaan dan agama sebelum kedatangan Islam, maka penghayatan Islam ahli masyarakat berkenaan umumnya menghadapi masalah dari segi kemurniannya.
Amalan-amalan keislaman yang dihayati pada keseluruhannya menjadi bercampur-aduk dengan amalan-amalan khurafat dan bidaah yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Amalan memuja jin dan mempraktikkan ilmu sihir sebagai contoh telah menjadi amalan kebiasaan mereka, di samping mengamalkan kewajipan sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain kewajipan fardhu dalam Islam. Campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni (Kilani 1991:230-231).
Merujuk kepada amalan pemujaan jin untuk maksud mendapatkan pertolongan makhluk berkenaan di dalam masyarakat Melayu-Muslim secara khusus, maka kita dapati perkara ini terhubung secara langsung dengan institusi perbomohan yang didapati sehingga kini masih terus popular, malahan kadang-kadang grafnya semakin meninggi hari demi hari. Dewasa ini misalnya praktik perbomohan untuk maksud memberi pertolongan kepada kalangan orang yang menghadapi masalah adalah diiklankan secara terbuka dalam akhbar-akhbar serta majalah-majalah tempatan.
Adalah perlu ditegaskan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin. Dalam al-Quran terungkap dengan jelas betapa Allah mencela masyarakat Arab jahiliah kerana sikap mereka yang merendah diri kepada jin dan memohon pertolongan daripada mereka. Dalam konteks ini Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan bahawa sesungguhnya adalah [amat salah perbuatan] beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat. (al Jin. 72:6).
Sesungguhnya dalam keghairahan untuk mendapatkan pertolongan daripada makhluk jin tersebut berlakunya proses pemujaan jin. Dan di sinilah bermulanya keperluan kalangan yang berhajat tersebut mematuhi pelbagai syarat tanpa mengira jin yang dikehendaki pertolongannya itu datang daripada mana-mana golongan jin.
Sekalipun jin tersebut datangnya daripada golongan jin Islam yang salih, tetap juga syarat keperluan yang diminta dilakukan tersebut dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni. Dan tentulah akan lebih-lebih dilarang apabila jin yang berkaitan datangnya daripada golongan jin yang kafir (Pertubuhan Gerak Seni Silat Abjad t. th.: 20-24).
Selain daripada sikap meminta-minta kepada jin yang jelas salah menurut pandangan Islam, satu lagi sikap yang juga salah ialah sikap terlalu percaya kepada bantuan khadam-khadam makhluk ghaib (Kilani 1991:211-214).
Sebilangan dukun dan bomoh di Malaysia sebagai contoh mendakwa harus menggunakan khadam dan bersahabat dengan pelbagai jenis makhluk ghaib suci. Ini termasuk. menurut mereka. bersahabat dengan malaikat-malaikat tertentu dari jenis malaikat yang mereka namakan sebagai Muakal. Makhluk-makhluk ghaib ini pada anggapan mereka bertugas sebagai rakan-rakan pembantu dalam menjalankan sesuatu kerja, usaha, hajat dan keperluan.
Mereka juga dianggap sebagai pengawal setia yang bertugas melindungi rakan mereka dari jenis makhluk manusia dari terkena perbuatan jahat yang dirancang oleh lawan dan musuh. Bagaimana pun, sebenarnya menurut penjelasan yang terdapat dalam al-Quran. anggapan-anggapan sebagaimana di atas adalah tidak tepat.
Menurut al-Quran, apa yang disangkakan malaikat tersebut sebenarnya adalah makhluk ghaib yang tidak lain daripada jin yang pada keseluruhannya berniat jahat terhadap manusia. Perihal kekeliruan manusia sebagaimana di atas terungkap jelas dalam firman Allah yang bermaksud:
"Dan [ingatlah] masa Allah menghimpunkan mereka semua [pada hari kiamat], kemudian Dia bertanya kepada malaikat: "Adakah orang-orang ini, [kamu setujui] menyembah kamu dahulu?". Malaikat menjawab: "Maha Suci Engkau [dari adanya sebarang sekutu dengan-Mu]! Engkaulah [yang kami hubungi sebagai pemimpin dan] Pelindung kami bukan mereka. [Tidak ada hubungan dari pihak kami dengan mereka mengenai sembahan mereka akan kami], bahkan mereka adalah menyembah jin syaitan; kebanyakan mereka pula percaya kepada jin syaitan itu [sebagai sekutu Tuhan yang dipuja dan dipatuhi}"
Di samping itu, kalangan bomoh dan dukun juga yakin bahawa khadam-khadam yang sentiasa berdampingan dengan mereka adalah terdiri daripada makhluk ghaib yang mereka namakan sebagai Malaikat Hafazah dan lain-lain makhluk ghaib suci. Semua anggapan yang disebutkan di sini adalah tidak benar sama sekali.
Pada pandangan para ulama hadith dan fiqh tidak ada langsung makhluk-makhluk ghaib suci dan malaikat yang ditugaskan untuk menjadi khadam dalam ertikata dikuasai dan dimiliki oleh manusia. Adapun makhluk yang boleh dikuasai melalui amalan-amalan tertentu adalah tidak lain daripada makhluk jin dan 'ifrit yang dalam istilah biasa masyarakat Melayu dikenali sebagai hantu.
Demikianlah senario yang terjadi dalam institusi perbomohan yang sebenarnya tidak pernah pudar pengamalan dan penggunaannya dalam masyarakat kita sejak dahulu sampai sekarang. Contoh terkini merebaknya amalan khurafat yang berbentuk syirik dalam institusi perbomohan ini yang terjadi dalam masyarakat kita ialah apa yang termuat dalam ruangan Soal Jawab Agama, kelolaan Dr Amran Kasimin dalam Mingguan Malaysia, di mana beliau terpaksa melayan persoalan yang dibangkitkan oleh pembaca yang mahu mengetahui tentang upacara amalan semah yang berlaku di kampung pembaca berkenaan (Mingguan Malaysia 21 April, 2002:9).
Amalan semah sebagaimana yang dicatatkan oleh Dr. Amran dalam jawapan beliau ialah amalan menyediakan sajian untuk makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin-jin untuk tujuan tertentu. Dalam upacara itu yang melibatkan jin-jin, upacara diadakan supaya jin-jin yang dipanggil, dan dipuja datang membantu sama ada untuk tujuan rawatan, permainan atau hiburan. Dalam masa yang sama dipohon agar jin-jin itu melindungi gelanggang di mana persembahan itu diadakan, menjaga mereka yang terlibat dengan persembahan dan juga mengawal keselamatan para penonton.
Semah juga diadakan untuk mengelakkan berlakunya gangguan yang melibatkan jin-jin yang menghuni tempat berkenaan ataupun dari luar atau daripada gangguan angkara manusia dengan bantuan jin-jin yang diistilahkan sebagai sihir. Lumrahnya ada beberapa tujuan utama semah dilakukan apabila pesakit sembuh setelah diubati.
Menurut kaedah tradisional antaranya ialah sebagai memenuhi perjanjian yang telah dipersetujui oleh orang yang melakukan rawatan dan jin-jin yang dikatakan membantu manusia yang dilakukan dalam keadaan menurun ataupun menerusi persembahan teater tradisional, yang juga melibatkan menurun. Jin yang merasuk pesakit dipujuk dan dijanjikan akan diberi makan (semah) kalau ia sudi keluar dan tidak mengganggu pesakit.
Tujuan lain ialah sebagai tanda berterima-kasih kepada makhluk ini yang sudi datang membantu manusia melakukan rawatan sehingga membolehkan pesakit sembuh.
Di negara kita masa kini, nampaknya dengan semakin kompleksnya kehidupan bermasyarakat, bersama pelbagai keperluan dan tuntutan, hasil dari kecanggihan hidup yang merupakan akibat langsung dari pelbagai sumbangan sains dan teknologi moden, maka kelihatan semakin bertambah pula keperluan ahli masyarakat kepada khidmat perbomohan. Dan segala sesuatu yang berlangsung dalam dunia perbomohan di tanah air kita itu ditandai kehebatan dan titik puncaknya dengan apa yang berlaku di antara mantan ADUN Batu Talam dengan institusi perbomohan yang dikepalai oleh Mona Fandy dan suaminya serta seorang pembantu beliau, di mana kesemua mereka terpaksa berakhir dengan mengalami kematian yang cukup tragis, sekalipun dalam bentuk dan cara yang berbeza.
Kemudian, lanjutan yang kelihatannya berupa semacam part and parcel dengan institusi perbomohan ini ialah praktis sihir yang diamalkan di tengah-tengah masyarakat kita. Amalan ini juga kelihatan berlangsung dalam kadar yang agak baik di tengah masyarakat kita masa kini, sebagaimana kejadian-kejadiannya dipaparkan dalam pelbagai majalah tempatan yang cukup popular dan cukup ramai peminatnya dari kalangan ahli masyarakat kita masa kini. Sejumlah jenama majalah yang dikepalai oleh Mastika—Pesona, Cermin Misteri, Paparan Misteri, Buletin Misteri, Kisah Benar, Bicara—adalah dipenuhi dengan pelbagai cerita yang aneh-aneh, termasuk cerita yang berkaitan dengan perbuatan sihir yang dilakukan oleh setengah pihak kepada pihak yang lain.
Istilah sihir sebenarnya merujuk kepada sesuatu perbuatan yang luar biasa, yang berjaya dilakukan oleh para ahlinya melalui bantuan jin atau syaitan (Kilani 1991:220). Dalam praktis sihir ini, jin atau syaitan dijadikan perutusan supaya merasuk dan mengganggu individu-individu tertentu, dan hasilnya adalah kerap bahawa kalangan mangsa akan mengalami pelbagai kesusahan dan kesakitan.
Namun, adalah amat perlu difahami bahawa kerja memberi bantuan untuk melaksanakan tugas dalam kerja sihir ini akan hanya benar-benar menarik minat jin atau syaitan, sekiranya kerja-kerja ini didorong oleh makhluk manusia itu sendiri. Dorongan tersebut boleh berlaku dalam pelbagai cara dan upacara, yang pada keseluruhannya boleh disimpulkan dalam satu ungkapan sahaja, iaitu cara dan upacara pemujaan jin. Dan di sinilah sekali lagi, secara yang tidak dapat dielakkan lagi, akan berlakunya amalan khurafat.
Satu lagi amalan lumrah yang tidak kurang juga pengamalnya masa kini ialah amalan penggunaan azimat-azimat serta tangkal tertentu. Hal ini terserlah jelas misalnya, dalam pembicaraan kes kematian isteri kedua Raja Di Hilir Perak yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi Taiping, Perak sekarang (Mac, April, 2003).
Di samping itu ia juga ditandai dengan tersebar secara meluas dan larisnya di pasaran buku-buku yang berkaitan dengan azimat dan mentera. Buku-buku berkaitan boleh didapati di kedai-kedai buku yang menjual buku-buku agama di seluruh tanah air kita. Di antara buku-buku yang berkaitan ialah seperti Kitab Mujarrobat Melayu, Kitab Taj al-Mulk, Kitab Senjata Sulit, Kitab Senjata Dunia, Primbon Lengkap Kunci Keselamatan, 1000 Hikmat dan Iain-lain (Kilani 1991:202-203).
Azimat sebenarnya merupakan suatu benda yang dipercayai dapat menahan bahaya, malapetaka, serangan dari kuasa ghaib bagi orang yang memakainya. Azimat juga diyakini mempunyai kekuatan ghaib dan dipercayai ada khadamnya dari makhluk-makhluk ghaib.
Khadam-khadam ini dipercayai dapat membantu pemakai azimat berkenaan untuk mencapai pelbagai keperluan diri. Di samping diyakini juga bahawa khadam-khadam ini dapat menyelamatkan tuan azimat berkenaan daripada pelbagai ancaman dan usaha jahat dari lawan dan musuh yang bermaksud jahat terhadap diri, keluarga dan harta benda pemilik azimat tersebut (Rahmat 1983:15; dan Kilani 1991: 204-205).
Adalah ternyata bahawa semua keyakinan yang dimiliki oleh pemakai azimat seperti yang tercatat di atas adalah sesuatu yang boleh membawa kepada syirik terhadap Allah. Dan di sinilah duduknya unsur khurafat yang dibawa oleh pemakai azimat berkenaan.
Demikianlah sebahagian daripada amalan-amalan kontemporari yang sedang berlangsung dalam tempoh masa kini di dalam masyarakat kita yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti betapa unsur khurafat ini masih terus bertapak subur dalam kehidupan masyarakat Melayu-Muslim di tanah air kita. Apa-apa yang dipilih untuk dicatatkan dalam kesempatan ini hanyalah merupakan wakil kepada amalan-amalan lain yang tidak sempat dicatatkan oleh kesempitan ruang dan waktu.
PERISAI UTAMA ILMU AKIDAH ELAK KHURAFAT
Akidah Islam adalah antara cabang ilmu Islam yang penting dalam kehidupan setiap umat kerana ia berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah. Malah, ilmu akidah, ilmu fardu ain yang wajib dituntut dan dipelajari.
Biarpun konsep akidah Islam mudah difahami dan dihayati, masih ramai umat Islam terpengaruh dengan kepercayaan khurafat yang karut-marut yang diwarisi turun-temurun daripada nenek moyang terdahulu.
Pada hal, amalan khurafat adalah bertentangan dengan akidah Islam sekali gus menjejaskan iman seseorang atau menyebabkan syirik kepada Allah, iaitu salah satu dosa yang tidak diampuni Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar.” (Surah al-Nisa’, ayat 48)
Oleh demikian, setiap Muslim wajib berhati-hati ketika menelusuri pentas kehidupan global supaya tidak mudah terjerumus ke kancah khurafat dengan memperkukuhkan ilmu akidah di samping mengenal pasti ciri amalan khurafat.
Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan khurafat sebagai cerita yang karut marut.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula menyimpulkan khurafat, semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran Islam.
Antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat, ia tidak bersumberkan nas syarak sama ada daripada al-Quran mahu pun hadis; cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut; didasarkan kepada kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam; berbentuk pemujaan dan permohonan kepada makhluk halus untuk tujuan memudaratkan dan menyeleweng daripada akidah Islam; mengguna objek tertentu seperti kubur, pokok dan sebagainya untuk tujuan tertentu dan ada unsur negatif pada akidah dan syariat Islam.
Demikianlah antara ciri amalan dan kepercayaan khurafat jika dihalusi secara mendalam, memang banyak berlaku dalam masyarakat Islam masa kini. Bahkan, ia masih lagi menebal dalam tradisi dan kepercayaan umat Islam dalam kehidupan seharian.
Contohnya, kepercayaan kepada keramat seperti kubur, pokok kayu atau batu hikmat yang kononnya boleh menyembuhkan sebarang penyakit, memuja objek tertentu, roh nenek moyang, kubur wali keramat dan sebagainya.
Begitu juga kepercayaan kepada sial seperti adat mandi Safar, adat mandi membuang sial, bunyi burung hantu pada waktu malam dan nombor sial seperti nombor empat.
Masih ada orang Islam yang tergamak memohon bantuan dari jin seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat main pantai dan seumpamanya.
Tidak kurang petani dan nelayan yang masih percaya kepada bertambah dan berkurangannya rezeki sehingga ada yang memuja semangat padi seperti bersemah dan membuang ancak di sungai atau laut (nelayan).
Orang Melayu pada dasarnya kaya dengan warisan pantang larang yang sebahagiannya jelas bertentangan hukum syarak seperti anak gadis dilarang menyapu pada waktu malam dikhuatiri menjadi andartu, tidak boleh keluar rumah ketika gagak berbunyi dan adat melenggang perut.
Itulah antara kepercayaan serta amalan khurafat yang masih wujud dan berakar umbi dalam setiap sendi masyarakat Islam.
Justeru, Islam sebagai agama menitik beratkan aspek akidah dan syariah menjelaskan bahawa segala amalan, adat, kepercayaan, perkataan dan perbuatan tidak berdasarkan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan Qias dilarang sama sekali.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala).” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam bab akidah Islam, setiap Muslim hanya wajib beriman dan percaya kepada Allah Yang Maha Berkuasa Mutlak menguasai dan mentadbir alam semesta terbentang luas ini.
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Maha Esa. Ini bermakna kepercayaan kepada benda yang dijadikan keramat yang dipercayai mempunyai kuasa selain daripada Allah, bertentangan dengan konsep kepercayaan tauhid kepada Allah.
Selain itu, kepercayaan kepada sial juga menjejaskan akidah seseorang dan Rasulullah SAW melarang keras perbuatan itu melalui sabdanya yang bermaksud: “Bukan dari golongan kami sesiapa yang berasa sial atau meminta diramalkan kesialannya, ditenung nasib atau minta ditenung nasibkan, menyihir atau minta disihirkan.” (Hadis riwayat Tabrani)
Amalan memuja jin dan memohon pertolongan daripadanya seperti lazim dilakukan oleh bomoh dan dukun adalah perbuatan syirik. Begitu juga bersahabat dan menggunakan jin seperti tukang sihir dan tukang tenung.
Oleh demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan.
Ilmu akidah Islam adalah perisai utama yang boleh menyelamatkan seseorang Muslim daripada lembah kesesatan dan seterusnya memimpinnya ke arah keredaan Ilahi dan kesejahteraan hidup dunia akhirat.
Allah berfirman bermaksud: “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain dari Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak mendatangkan mudarat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian, maka jadilah engkau orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu).” (Surah Yunus, ayat 106)
Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa yang menemui tukang tilik dan menanyakan sesuatu kepadanya, lalu terus percaya terhadap apa yang dikatakannya, maka dia telah mengkufurkan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad.†(Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)
Islam melarang keras sebarang amalan khurafat sama ada melalui perkataan, perbuatan, adat mahu pun kepercayaan yang tidak selari dengan konsep akidah Islam.
Amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun di sisi Allah.
Oleh yang demikian, setiap Muslim wajib mendalami ilmu akidah untuk memelihara kesucian akidahnya, kepercayaannya, perkataannya, perbuatannya daripada amalan khurafat yang menyesatkan.

KESAN KHURAFAT TERHADAP:
INDIVIDU
(a) akidah seseorang akan rosak. Orang Muslim yang mempercayai atau beramal dengan perkara tahyul dan boleh merosakkan akidah.Mereka wajib bertaubat dan kembali kepadaajaran Islam;
(b) masa terbuang. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan khurafat.
(c) minda seseorang akan tertutup. Tindakan dan kelakuan mereka menjadi tidak rasional dan fanatik.
(d) kehidupan tidak stabil. Penglibatan dengan khurafat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.
MASYARAKAT
(a)keruntuhan institusi kekeluargaan. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka;
(b)perpaduan tergugat. Sikap fanatik pada amanlan khurafat membuatkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling.Ini menjejaskan perpaduan dan keharmonian hidup dalam masyarakat.
NEGARA
(a)negara akan mundur. Penglibatan dalam amalan khurafat menjadikan diri seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu.
(b)negara tidak stabil. Penglibatan dalam amalan khurafat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.
KESIMPULANNYA:
Sesungguhnya khurafat masih terus bertapak kukuh dan berlangsung dalam kadar yang agak subur di tengah-tengah masyarakat kita di Malaysia. Usaha-usaha pembenterasan mesti terus digerakkan agar masyarakat dapat diselamatkan daripada terjebak dalam unsur negatif ini. Strategi dan pendekatan berkesan dalam usaha pembenterasan tersebut mesti dicari dengan bersungguh-sungguh.
Dalam proses kerja pembenterasan tersebut, tentulah kerja-kerja pendakwahan merupakan senjata yang paling berguna. Namun, pengisian program dakwah berkenaan mestilah diatur dengan teliti, dengan diberi fokus khusus kepada kedua-dua aspek utama dalam dakwah, iaitu isi kandungan dakwah dan pendakwah. Isi kandungan hendaklah disesuaikan dengan kumpulan sasarnya, di samping pendakwah mestilah juga dari kalangan yang terlatih dan berkelayakan.
Di samping itu segenap kesempatan yang terbuka, perlu pula bersifat proaktif untuk mewujudkan pelbagai kesempatan, yang dipergunakan sepenuhnya untuk menyalurkan mesej dakwah dalam usaha yang berterusan dan tidak kenal penat dan jemu. Mudah-mudahan kita akan dapat juga nantinya menyelamatkan ahli masyarakat kita dari menjadi mangsa virus khurafat yang cukup bahaya ini.
5.0 RUJUKAN :
1. al-hafizh Muhammad b. Ahmad b. Usman adz-dzahabi, 1994. Dosa-dosa besar, edisi baru lengkap, Pustaka pte Ltd singapura 420002, pustaka islamiyah sdn. Bhd.
2. Prof. Dr. M. Mutawalli asy-sya’rawi, 2000. Dosa-dosa besar, gema insani press, darul alamiah lil kitab wan nasyr.
3. Khairunnisa’ yussof, nadhrah faqihah. Xpress SPM tingkatan 4-5, pendidikan islam, sasbadi sdn. Bhd.
4. Fauziah bt hj Muhammad ramli, aminah bt idris. Buku teks Pendidikan islam tingkatan 4, dewan bahasa dan pustaka.
5. Haji said haji Ibrahim. Aqidah ahli sunnah wal jamaah, darul ma’rifah 1996.

Thursday, 12 May 2011
Penjelasan Sinstifik Bentuk Binaan Julang Langit 3 Dimensi (PIRAMID)
Piramid merupakan suatu model atom yang nyata memberi idea dan asas kepada kajian di dalam bidang sains fizik kuantum. Setiap atom menghasilkan getaran tenaga menurut ukuran yang tertentu dan bersifat konsisten.
Bagi sesebuah piramid yang dibina menurut ukuran-ukuran panjang dan sudutnya yang tepat seperti pada sisi keatas dan dan tapaknya, ia akan menghasilkan getaran-getaran tenaga yang menyemai getaran seperti yang terdapat pada model atom yang tersusun secara semulajadi. Getaran ini sebenarnya menghasilkan getaran yang konsisten dan boleh dimanafaatkan oleh manusia yang mengetahuinya. Kajian mendapati pancaran dan cerapan tenaga dipuncak sesebuah piramid adalah tidak terhingga ukurannya (infiniti).
Piramid adalah suatu bentuk yang menyerap tenaga dan menukar atau memecahkannya kepada beberapa gelombang gataran tenaga melalui proses-proses tekanan dan pemindahan tenaga. ketujuh-tujuh gelombang ini akan bertukar kepada getaran asal apabila digabungkan semula.
Oleh kerana itu, piramid memiliki daya tarikan dan keupayan menyerap, mengumpul, memproses dan menyimpan getaran gelombong tenaga ini, maka piramid itu sendiri adalah seumpama penjana (amplifier) dengan kata lain, tenaga piramid itu sendiri adalah suatu bentuk pemusatan tenaga didalam ruang rahsia binaan piramid.
Tubuh manusia pula apabila diukur melalui prinsip warna dan getaran, juga memiliki tujuh spektrum warna mengikut susunan yang sangat tertib dan teratur . justeru itu, terdapatnya keseimbangan daripada unsur tenaga yang dihasilkan piramid boleh digunakan untuk memperbaiki susunan tenaga bioplasmik di dalam tubuh seseorang yang bermasalah luaran dan dalaman. Ini adalah kerana sesuatu penyakit berlaku ke atas tubuh disebabkan oleh ketidakseimbangan kekuatan tenaga di dalam tubuh. Piramid adalah sesuatu ciptaan yang menepat prinsip kebendaan, kehidupan, kesimbangan, kestabilan, pengukuhan dan pengekalan.
Ia juga merupakan sebuah binaan dimensi yang realitif atau berkaitan dengan alam semesta dan ruang adalah relatif di dalamnya. Getaran tenaga elektromagnetik yang terbentuk didalamnya adalah sempurna dan lengkap dan memberi kebaikkan kepada kehidupan samada manusia, haiwan, dan tumbuhan. Ruangan ini didapati mempunyai keberadaan tetap dan berterusan untuk dimanafaatkan bagi mengekalkan tahap kesihatan seseorang yang berada didalamnya. Selain itu, ruang ini juga mempunyai tekanan dan daya berterusan untuk dimanafaatkan bagi mengekalkan tahap kesihatan seseorang yang berada didalamnya. Selain itu, ruang ini juga mempunyai tekanan dan daya graviti yang stabil pada tahap yang diperlukan oleh jisim hidup. Justera piramid juga sebenarnya boleh mempengaruhi benda-benda di sekitarnya.
Kestabilan dan kesimbangan gelombang tenaga yang mempengaruhi jasad, minda dan emosi ini mewujudkan perasaan bersemangat, ceria dan bertenaga serta membentuk suatu benteng gelombang atau radiasi hasil daripada pancaran tenaga fizikal, spritual mahupun perasaan.
Bentuk piramid juga dapat menghasilkan daya pemusatan energi melalui interaksinya dengan daya kekuatan minda seseorang. Sesuai untuk terapi pemusatan hening (meditasi) yang boleh menyembuhkan sesuatu penyakit menurut kaedah Pyracosmic. Ia juga mempunyai kuasa kosmologika dalam dan pengekalan keseimbangan sistem jagatraya terutamanya tenaga bumi sama seperti gunung-ganang yang mengekalkan kekuatan pasak bumi.

Wednesday, 11 May 2011
Rahsia Binaan Julang Langit (PIRAMID) dan manaafaatnya
BINAAN CERAP TENAGA:
Binaan cerap tenaga kosmik adalah sesuatu rupa bentuk yang mempengaruhi peredaran tenaga terhadap sesuatu benda aatu perkara yang berasa di sekelilingnya. Sesuatu binaan yang berbentuk akan menghasilkan tenaga semulajadinya akan memberi impak Fizik Kuantum kepada atom-atom yang sentiasa bergetar di pesekitaran.
sifat dan susunan gelombang elektomagnetik yang berbeza akan terhasil pada setiap rekabentuk binaan tersendiri. Secara tanpa disedari rekabentuk binaan akan mempengaruhi mood dan keceriaan suasana sekitarnya. Kadar cerapan tenaga yang tinggi akan menjadikan penghuni didalamnya lebih ceria, bertenaga, dinamik dan aktif. Binaan Cerapan tenaga Kosmik bersifat komplimentari yang memberi impak penjanaan kepada tenaga yang ada disekelilingnya dengan memenuhi ruang dalamnya dengan getaran gelombang kosmik yang dicerap secara semulajadi dan berterusan.
Pengaruh Bentuk Kepada Binaan Julang Langit 3 Dimensi :
1. Mempengaruhi tahap fizikal dan tenaga manusia.
2. Mempengaruhi kekuatan tulang otot dan sistem saraf.
3. Mengukuhkan kestabilan graviti.
4. Mempengaruhi sistem peredaran tanpa bioplasmik dan peredaran darah.
Namun binaan julang langit berbentuk bulat tidak begitu sesuai untuk kediaman kerana ia lebih memberi implikasi kepada tenaga separa sedar yang bersifat spritual dan kerohanian yang lebih sesuai untuk bangunan ibadat keagamaan.
sifat pusingan tenaga elektromagnetiknya mewujudkan suasana keheningan dan khusyuk dan menurunkan getaran otak dari 21 denyutan seminit kepada 14 denyutan. Oleh sebab itu, kita akan mudah rasa mengantuk dan keheningan mendalam.

Tuesday, 10 May 2011
Teknologi Manusia Silam
Berkenanan topik kat atas tu : saya terbaca satu buku yang berjudul Rahsia Khazanah Ilmu Pyracosmic... tertarik dengan salah satu topik yang dibahaskan iaitu Teknologi Manusia Silam.
berbalik pada topik utama, adakah anda kagum dengan teknologi yang ada pada zaman terdahulu??? sampai sekarang kecanggihan teknologi itu masih menjadi misteri.
kesan peniggalan mereka yang dapat dilihat kini sukar dirungkaikan teknologi pembinaanya.
"seorang pengkaji berbangsa Perancis bernama Jean-Pierre houdin, telah berjaya membongkar rahsia piramid Giza setelah 8tahun melakukan kajian. Piramid Giza telah dibina 4500 tahun yang lalu oleh raja bernama Khufu, juga dikenali Cheops".
PIRAMID
Ribuan tahun piramid itu berdiri gagah, sebegitu sainstifik, sehingga tidak mampu membuat para arkitek dan jurutera abad ini meniru kecanggihannya.
Satu hasil ciptaan yang tak masuk akal tapi tidak mustahil. Bagaimanakah batu-batu diangkut dan disusun letak dengan sebegitu rapi, menurut ketetapan ukuran dimensinya, semakin tinggi semakin sukar? Apakah rahsianya? Andai kita perhatikan bentuk sudut piramid itu, kita dapati ianya terbina daripada rangkaian 3 dimensi.
Mengapa 3?? Mengapa tidak 2 persegi atau empat. Dan jika diperhatikan, ianya seolah-olah mengambarkan abjad A dalam tulisan Roman. Secara hakikatnya jika kita bandingkan pada tulisan Arab - Ia tampak tiga bentuk huruf Alif dirangkakan menjadi tiga segi. dalam pemikiran sufi, apabila disebut Alif, ianya dikatakan penzahiran daripada titik . Alif itu wujud dan apabila ingin memperkenalkan hakikatnya, ianya menzahirkan Ba, dan rahsianya Alif itu adalah titik dibawah Ba..
nantikan sambungan seterusnya yaa..
Tuesday, 26 April 2011
sayangku.. sahabatku...
Wahai sahabatku,
Sekalis ku lihat wajahmu tika itu
Sungguh ku syukur... kerana aku tidak menduga akan pertemuaan itu
“kita merancang tapi Allah juga yang menentukan”
Syukur ya Allah..
Engkau pertemukan juga dengan dia sahabatku yang TERSAYANG..
Sekian lama kita berjauhan
Namun aku percaya ukhuwah fillah yang telah kita bina diatas
Landasan-Nya tidak berubah…
Ya Allah
Sesudah Engkau pertemukan kami ini
Satukanlah hati-hati kami
Peliharalah jua iman kami dari kekufuran
Ikat kan lah hati kami agar sentiasa mngingatimu…
Ku serahkan segalanya
Hanya pada-Mu Ya Rabb……
Thursday, 21 April 2011
HuKuM bAcaaN mathSurat & SiaPa Imam Hasan Al-Banna
Hukum Membaca Al Ma’tsurat
Al ma’tsurat merupakan kumpulan dzikir dan doa yang dikumpulkan oleh Imam Hasan Al Banna yang diambil dari hadits-hadits Nabi saw untuk dibaca oleh setiap anggota jama’ah Ikhwanul Muslimin khususnya atau seluruh kaum muslimin pada umumnya agar senantiasa mengingat Allah swt dan berada dalam ketaatan kepada-Nya.
Imam Al Banna juga meminta agar al ma’tsurat senantiasa dibaca pada saat pagi, mulai dari waktu fajar hingga zhuhur dan pada saat petang mulai dari waktu ashar hingga setelah isya, baik secara berjama’ah maupun sendirian. Beliau mengatakan,”Siapa yang tidak sempat membaca seluruhnya hendaklah dia membaca sebagiannya sehingga kelak ia tidak terbiasa melalaikan dan meninggalkannya.”
Imam Al Banna juga mengingatkan setiap anggotanya agar senantiasa menyadari pentingnya mengingat Allah di setiap waktu dan keadaan, keutamaan-keutamaannya dan memperhatikan adab-adab didalam berdzikir.
Al Banna mengatakan,”Apabila engkau mengetahui, wahai akh yang mulia, maka janganlah engkau merasa aneh jika seorang muslim senantiasa mengingat Allah disetiap keadaannya, mewarisi Nabi saw—dialah sebaik-baik makhluk—didalam dzikir, doa, syukur, tasbih dan tahmid disetiap keadaan baik yang kecil, besar maupun yang dianggap remeh. Sesungguhnya Nabi saw senantiasa dzikrullah disetiap keadaannya maka tidaklah aneh jika kami meminta kepada Ikhwanul Muslimin untuk meniru sunnah Nabi mereka dan berqudwah kepadanya serta menghafalkan dzikir-dzikir ini dan mendekatkan dirinya kepada Allah Yang Maha Agung lagi Maha Pengampun dengannya, sebagaimana firman Allah swt :
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Artinya : “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzab : 21)
Tentang dzikir secara berjama’ah, Imam Al Banna menyebutkan hadits yang diriwayatkan Imam Muslim,”Tidaklah suatu kaum duduk-duduk untuk berdzikrullah kecuali para malaikat mengelilingi mereka, dipayungi dengan rahmat, turun ketenangan kepada mereka dan Allah menyebut-nybut mereka kepada siapa saja yang berada disisi-Nya.”
Kalian akan banyak menjumpai hadits-hadits yang menunjukkan bahwa Nabi saw keluar untuk shalat berjama’ah sementara mereka sedang berdzikrullah di masjid lalu beliau saw memberikan kabar gembira kepada mereka dan tidak melarang mereka.
Berjama’ah didalam ketaatan adalah sesuatu yang disukai terlebih lagi apabila didalamnya banyak mengandung manfaat, seperti menyatukan hati, menguatkan ikatan, memanfaatkan waktu untuk sesuatu yang bermanfaat, mengajarkan orang-orang awam yang belum baik dalam belajar dan mengumandangkan syiar-syiar Allah swt.
Memang sesungguhnya berjama’ah didalam dzikir dilarang apabila didalamnya terdapat hal-hal yang dilarang syariat, seperti mengganggu orang shalat, senda gurau, tertawa, menyelewengkan lafalnya, mengungguli bacaan yang lain atau sejenisnya, dan jika terjadi seperti itu maka berjama’ah didalam berdzikir tidaklah diperbolehkan bukan pada berjama’ahnya itu sendiri, khususnya apabila dzikrullah secara berjama’ah itu dengan menggunakan lafal-lafal dzikir yang ma’tsur lagi shahih sebagaimana didalam wazhifah (al matsurat) ini.
Alangkah baiknya jika Ikhwan senantiasa membacanya disetiap pagi dan petang di tempat-tempat berkumpul mereka ataupun di sebuah masjid dengan menghindari hal-hal yang dimakruhkan. Dan siapa saja yang kehilangan berjama’ah didalam membacanya maka hendaklah dia membacanya secara sendirian dan janganlah meremehkannya. (Majmu’atur Rosail hal 519 – 522)
Membaca al ma’tsurat atau kumpulan-kumpulan dzikir lainnya baik secara berjama’ah maupun sendirian diperbolehkan selama didalam pembacaannya tidak mengandung hal-hal yang dilarang oleh syari’at, sebagaimana disebutkan didalam sebuh hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Tirmidzi, Nasai dari hadits Muawiyah bin Abu Sofyan ra, dia berkata,”Sesungguhnya Nabi saw mendatangi halaqah para sahabat, dan berkata,”apa yang menjadikan kalian duduk-duduk?’ mereka mengatakan,’Kami duduk untuk berdzikrullah dan memuji-Nya terhadap atas segala petunjuk-Nya kepada kami kepada islam dan segala nikmat-Nya kepada kami… sehingga beliau bersabda,’Telah datang Jibril menemuiku dan memberitahuku bahwa Allah swt membanggakan kalian dihadapan para malaikat.”
Siapakah Imam Hasan Al Banna?
Jika kita membicarakan sosok Hasan Al Banna maka kita tidak bisa melepaskannya dari Jama’ah al Ikhwanul Muslimin, karena dia adalah pendiri dan tokoh sentral jama’ah ini.
Hasan Al Banna dilahirkan di kota al Mahmudiyah di Propinsi al Buhairoh, Mesir pada tahun 1906. Ayahnya adalah seorang ulama yang bernama Ahmad Abdurrahman Al Banna.
Di usia 8 th Al Banna disekolahkan di Madrasah Diniyah Ar Rasyad dan pada usianya yang menginjak 12 tahun dia berhasil menghafal setengah Al Qur’an. Bersama teman-teman SD nya dia mendirikan “Perkumpulan Akhlak dan Adab” kemudian “Perkumpulan Mencegah Hal-hal yang Diharamkan”.
Pada usia belum genap 14 tahun ia telah menghafal 2/3 Al Qur’an dan masuk Madrasah Mu’allimin di Damanhur. Pada usia 16 tahun dia masuk Sekolah Tinggi Darul ‘Ulum dan menyelesaikannya dengan mendapatkan ijazah diploma pada usia 20 tahun di bulan Juni 1927. Setelah itu dia memutuskan untuk menjadi seorang guru di Ismailiyah.
Berbagai penurunan kualitas umat, baik dalam skala Mesir maupun internasional bahkan cenderung menuju kehancuran, seperti berbagai kerusakan akidah, dekadensi moral, keadaan Turki setelah PD I yang berada dibawah kekuatan Inggris dan menjadikannya sebuah negara sekuler serta bercokolnya penjajah di bumi Mesir mendorongnya untuk membentuk al Ikhwanul Muslimin pada bulan Maret 1928.
Setelah mendirikan jama’ah Al Ikhwanul Muslimin di Ismailiyah, Hasan Al Banna mulai mendirikan masjid dan tempat pertemuan al Ikhwan, membangun Ma’had Hira al Islamiy, sekolah untuk ibu-ibu kaum mukminin yang menjadikan da’wah Ikhwan mulai dikenal dan mendapatkan dukungan dari masyarakat.
Pada tahun 1933, Hasan Al Banna pindah ke Kairo yang kepindahannya ini menjadikan berpindah pula Kantor Pusat al Ikhwanul Muslimin kesana. Sejak di Kairo, beliau selalu melakukan perjalanan ke berbagai tempat untuk melakukan pembinaan para anggota ikhwan yang baru tentang akhlak berda’wah dan membekali mereka agar memiliki ketahanan didalam mengemban beban-bebannya. Pekerjaan ini terus dilakukannya hingga jama’ah al Ikhwanul Muslimin memenuhi seluruh tempat di Mesir.
Hal itu pun didukung dengan berbagai strategi da’wah yang dipusatkan di Kairo diantaranya :
1. Berbagai ceramah, ta’lim di masjid-masjid.
2. Menerbitkan Risalah “al Mursyid al ‘Am”, majalah pekanan “al Ikhwanul Muslimin” kemudian majalah “An Nadzir”
3. Mengeluarkan surat-surat dan buletin.
4. Membentuk syu’bah-syu’bah (cabang-cabang) di dan luar Kairo.
5. Membentuk organisasi kepanduan & olah raga.
6. Memfokuskan da’wah ke kampus dan sekolah.
7. Mu’tamar dan dauroh di Kairo & kota-kota lain.
8. Menghidupkan kembali syi’ar-syi’ar islam di Kairo dan kota-kota lain.
9. Munashoroh negeri-negeri islam terutama Palestina.
10. Mengambil peran dalam perbaikan politik dan sosial.
11. Ikut serta dalam memerangi kristenisasi.
12. Mengingatkan kelalaian penguasa terhadap islam.
Hal itu menjadikan pemerintah Kolonial Inggris geram sehingga mereka membuat langkah-langkah untuk memadamkan cahaya da’wah dengan melakukan :
1. Menjauhkan para pendukung Hasan Al Banna dari semua kursi pemerintahan di Mesir.
2. Memutasikan Al Banna dari pekerjaannya di Kairo ke Qana.
Hingga akhirnya al Ikhwanul Muslimin dibubarkan untuk pertama kalinya pada tahun 1942 dan menutup seluruh cabang-cabangnya.
Pada Oktober 1946 mulailah terjadi pegolakan di Mesir yang ditandai dengan berbagai demonstrasi mahasiswa yang dipelopori oleh para mahasiswa Ikhwan. Demonstrasi ini terus berlangsung hingga pada 9 Februari 1947 beberapa mahasiswa Ikhwan menjadi syuhada dalam sebuah Long March menuju istana Abidain
Pengawasan pemerintah terhadap para aktivis ikhwan pun diperketat sejak bulan Juni hingga Agustus 1947. Dan siapapun yang dianggap mencurigakan dan berbahaya akan ditangkap, dan puncaknya adalah pada bulan September 1947 terjadi penangkapan besar-besaran terhadap anggota ikhwan oleh Pemerintahan Ismail Shidqi. Tidak kurang dari 40.000 anggota ikhwan ditangkap dan dipenjarakan. Tindakan sewenang-wenang ini pun berlanjut dengan penangkapan para tokoh Ikhwan pada tanggal 16 November 1947 yang menjadikan kerusuhan di Mesir semakin meluas. Puncak dari itu adalah jatuhnya Ismail Shidqi pada tanggal 8 Desember 1947.
Permasalahan Mesir pun dibawa ke dewan Keamanan PBB seperti yang diusulkan ikhwan. Pada kesempatan ini ikhwan pun mengirimkan utusannya yang bernama Mustafa Mukmin ke sidang Dewan Keamanan PBB namun beliau diusir ke luar gedung sehingga dia berpidato di luar gedung Dewan yang cukup menyita banyak perhatian orang-orang yang melintas, termasuk para imigran dari Asia dan Afrika. Hasan Al Banna pun mengirimkan surat ke Dewan Keamanan PBB agar Inggris ditarik dari Mesir dan menyatukan Wadi an Nil.
Berbagai konspirasi internasional pun terus dilakukan oleh negara-negara besar, seperti Amerika Serikat, Inggris dan Perancis yang mendesak pembubaran al Ikhwanul Muslimin untuk yang kedua kalinya. Sehingga pada 8 Desember 1948 ada sebuah instruksi militer tentang pembubaran Jama’ah al Ikhwanul Muslimin dan menyita seluruh aset-asetnya.
Sejak itu kembali terjadi berbagai penangkapan terhadap banyak kader dan tokoh-tokoh ikhwan hingga puncaknya adalah penembakan Imam Hasan Al Banna, pada tanggal 11 Februari 1949 di depan kantor Asy Syubbanul Muslimun oleh segerombolan orang yang mengenai lambung dan tangan beliau.
Al Banna sempat dibawa ke RS al Qashrul Aini dan ketika seorang dokter muslim yang bernama Abdullah al Katib ingin memeriksanya maka ia pun dilarang. Hingga pada malam harinya, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir,
Pada pukul 01.00 dini hari (12 Februari 1949) datang serombongan orang menemui ayahnya dan memberitahukan kematiannya dan mengatakan kepadanya bahwa jenazah Hasan Al Banna bisa diambil dengan syarat tidak ada iring-iringan pelepasan jenazah dan pemasangan tenda di rumahnya.
Pada keesokan harinya, ayahnya sendiri dengan ditemani oleh Mukram dan beberapa saudara perempuannya mengurusi jenazahnya serta mengantarkannya ke pemakaman Imam Syfi’i dengan dikawal oleh tank-tank berlapis baja. (dari berbagai sumber)
Demikianlah sejarah ringkas kehidupan seorang muassis (pendiri) sebuah jama’ah besar yang da’wahnya hingga hari ini terus menyinari banyak tempat di bumi. Kehidupan seorang yang menghabiskan waktunya untuk umat dan da’wah yang itu semua dibuktikan dengan gugurnya beliau ditangan orang-orang zhalim yang menghendaki cahaya kebenaran ini padam namun mereka lupa bahwa da’wah ini bukanlah milik Hasan Al Banna atau para pengikutnya yang setiap saat bisa mengalami kematian dan digantikan oleh generasi berikutnya. Sesungguhnya da’wah ini adalah milik Allah Yang Maha Agung lagi Maha Perkasa, Yang Awal dan Yang Akhir, Yang Zhahir dan Yang Bathin, firman Allah swt :
يُرِيدُونَ لِيُطْفِؤُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَاللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
Artinya : “Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya". (QS. Ash Shaff : 8
sumber : http://www.eramuslim.com/ustadz-menjawab/hukum-membaca-al-matsurat.htm

Tuesday, 19 April 2011
inTAn sAyaNg neNek !!!
Kali nie hnya sekdar bingkisan luahan hati ...
kepada
Allahyarhamah JAH BT. SAMSUDDIN Al-Fatihah buatnya..
Maafkan cucunda mu ini.. andai selama ini terkurang memberi perhatian.. sungguh aku merinduimu tiap gelak tawamu... walaupun sudah genap sebulan engkau meningalkan dunia ini...
Tepat pada pukul 11pagi, sewaktu aku berjalan keluar dari dewan setelah selesai berjuang dalam paper tassawuf wa akhlaq, kelegaan hati terasa & ku panjatkan kesyukuran kerana ak berjaya menjawabnya... elok sahaja aku membuka beg kuliah utk menyimpan slip peperiksaan, tiba2 lampu phone ku bernyala.. kelihatan ada pangilan dari angah ku.. abangku bertanye dengan nada tegas " intan nape tak angkat hp jenuh angah kol " dan aku kata pada abang ku dengan nada serius " angah intan kan tegah exam hp kat luar mana tau angh kol". apbila angah menceritakn tujuannya aku istighfar banyak2.. terkedu dan terdiam sejenak.. hatiku berbisik..
"Apa betul ke angah beritahu aku tadi? "
" YA ALLAH!.. adakah ini satu kenyataan "
nek maafkan intan selame nie nek... aku trse terlalu sebak kerana tak dapat mnghabiskan masa dengan nenek.. permergiannye tak siapa duga.. seminggu sebelum pemergianya aku menziarahinya diwad untuk dibawa pulang ke rumah keluarga ku... sikit pon aku tak kelihatan kesakitan yg ditanggungnya, dirinya ceria seperti hari-hari sebelum yang dilaluinya....
Ayahku mencerita padaku bahawa arwah dimasukkan kembali ke hospital pada malam sebelum pemergiannya kerana disyaki ade kuman dalam perut. Arwah meniggal kerana terjatuh didalam tandas... mungkin Allah jadikan itu sebagai sebab utk dia pergi... kami redha dengan pemergianya..
Setiap kali aku mengemas barangnya aku menangis dn aku tak lupa utk selitkan al-fatihah buatnya... kadang2 kenangan itu terlalu membahagiakan dan adakalanya ianya begitu pahit...
Semoga ianya memberi keinsafan kepada kite bersama, sesungguhnya ajal maut itu ditangan Allah.
kita sebagai hambanya hanya perlu taat akan perintahnya. Ajal maut kita tidak tau bila, dimana dan bagaimana. Samalah kite muhasabah diri, merenung siapa kita dengan-Nya Yang Maha Pencipta...
Begitu banyak dugaan yang telah engkau tempuhi
namun engkau tetap tabah menghadapi,
semangat mu begitu kuat sekali
untuk meneruskan sisa kehidupan ini...
Ya Allah...
Engkau tempatkanlah nendaku dikalangan org yg beriman
orang- orang yang solehah... ameen..
"INTAN SAYANG NENEK"
Subscribe to:
Posts (Atom)