InsyaALLAH..
Perkongsian kisah percintaan hebat Saidina Ali kwjh dan Saidatina Fatimah ra.=)
Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam
cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar
sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya Fatimah RA... Semulia-mulia
wanita adalah wanita yang paling rendah maharnya..
**********
Dipendamkan
di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan
hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang
cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang
dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah,
puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.
Dia
sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya
usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu
baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat
mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.
"Allah
mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.
Ia
merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi
Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali,
namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.
Lihatlah
bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali
bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga
bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan
saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman,
’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang
tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.
Lihatlah
berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu
Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak
yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih
bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
”Inilah
persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku,
aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”
Namun,
sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak
baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan
diri. Tapi, ujian itu bukan setakat di situ, kali ini perkhabaran lain diterima
olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh
islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan
mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat
ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak
muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.
Ya,
Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar
Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang
bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk
bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi
ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali
lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar
juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua
sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada
suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin
Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu
diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu
baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia
menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu
Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a.
Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh
dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita
apa?”
Setelah
duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan
persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua
sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah
s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada
baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua
tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah
s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah
menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu
sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar
perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi
kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku
bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah
kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi
penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu
Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan
hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata
seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat
debu bertaburan belaka!”
Setelah
berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam
Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa
waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika
itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk
orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk
pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia
orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan
Rasul-Nya!”
Jawapan
Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya
tetapi siapakah dia itu?”
“Dia
saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum
dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan
pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad
s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku
terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali
bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian
mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di
depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai
maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul
Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan.
Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau
peroleh dariku!”
Mendengar
kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi
Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda
telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di
kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya
Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah
adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan
akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin
berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap
untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan
menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu
Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak
berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai
Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
“Demi
Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui
bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku
tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor
unta.”
“Tentang
pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib
“engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu
engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau
memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan
engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.
Aku
puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab
Allah ‘Azza wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit
sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu
Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira
dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab
kabulpernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya
menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan
engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya
Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam
pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta
dan semua perasaan dengan tanggungjawab.. Dan ternyata tak kurang juga yang
dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu
hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah
denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” .
Ali
terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku?
Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil
tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu..”
*********************
Begitulah
cinta yang bersenikan diam.. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan
itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya..
Cantik
ibrah dua insan agung ini.. Titipkanlah cintamu kepada jodoh yang belum
diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika
dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk
jadikannya cinta bernafsu..
ALLAH
sentiasa mengetahui detik hatimu dan meraikan fitrahmu..=)
0 comments:
Post a Comment